Dewan Kahwin Templer’s Ballroom Eco Templer Rawang: Wedding Bersama RUANG!

RUANG officially hosted a Malay wedding at Templer’s Ballroom, Setia Eco Templer Rawang!

Bakal pengantin yang duduk area Rawang, korang kena check out venue ni! Ballroom dia memang cantik, spacious dan penuh dengan features yang menarik untuk majlis perkahwinan korang.

Ballroom Cantik dengan Setup Wedding Menawan

Templer’s Ballroom dilengkapi dengan 6 chandeliers, LED lighting, 2 LCD projectors dan stage pelamin yang besar — memang sesuai untuk family photos dengan keluarga besar!

Bahagian entrance pun antara highlight venue ni. Dengan velvet curtains, chandelier lighting dan floral decorations yang tersusun cantik, memang memberikan grand entrance vibes untuk tetamu yang datang.

Food Heaven untuk Tetamu!

Untuk wedding kali ni, sebanyak 6 food stalls disediakan, antaranya cendol, apam balik, rojak pasembor, goreng-gorengan, aiskrim dan coffee!

Tak cukup dengan tu, ada juga kuih corner yang penuh dengan pelbagai jenis kuih-muih sampai asyik kena top up. Siap ada buah-buahan dan dessert seperti cupcake yang dibawakan oleh keluarga pengantin.

Memang nampak tetamu enjoy makan sepanjang majlis!

Alhamdulillah, Majlis Berjalan Lancar!

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan kedua-dua keluarga sangat berpuas hati dengan arrangement RUANG.

Yang paling penting, makanan daripada in-house catering kami, 7RUANG Atelier, pun mendapat feedback yang sangat baik!

Nak Kahwin di Templer’s Ballroom Rawang?

Kalau korang tengah mencari dewan kahwin di Rawang yang cantik, spacious dan lengkap dengan wedding setup, Templer’s Ballroom di Setia Eco Templer boleh jadi pilihan korang!

RUANG juga menyediakan pakej all-in untuk memudahkan persiapan hari bahagia korang — tak perlu pening cari vendor satu-satu.

Jom check available dates, pakej kahwin dan book your site visit dengan [Team RUANG] sekarang!

Click here to share