7 Dewan Kahwin Paling Popular di Shah Alam (2026 / 2027)

Shah Alam merupakan antara lokasi pilihan utama bakal pengantin di Selangor. Dengan akses yang mudah, pelbagai pilihan dewan dan pakej perkahwinan yang menarik, ramai pasangan memilih untuk mengadakan majlis resepsi di sini.
Namun dengan begitu banyak pilihan, dewan manakah yang paling sesuai untuk majlis anda?
Kami senaraikan beberapa dewan kahwin popular di Shah Alam yang sering menjadi pilihan bakal pengantin berdasarkan lokasi, kapasiti, kemudahan dan pengalaman mengendalikan majlis perkahwinan.

1. Petals Event Space Shah Alam

Petals Event Space terkenal dengan suasana moden dan elegan yang sesuai untuk majlis perkahwinan. Dewan yang landed di Tasik Shah Alam Sekcyen 7. Rekaan dewan yang eksklusif serta lokasi yang strategik menjadikannya antara pilihan popular dalam kalangan bakal pengantin.
Antara kelebihannya ialah:
• Dewan landed, moden dan eksklusif
• Sesuai untuk majlis akad nikah dan resepsi
• Ruang yang selesa untuk tetamu memuatkan 40 meja dalam satu masa
• Lokasi mudah diakses di Shah Alam
• Parking space yang sangat luas untuk para tetamu

2. RUANG Shah Alam, Sec 16 (5 mins dari i-City)

Khas untuk yang gemarkan dewan seperti hotel dan bukan konsep dewan kahwin yang sarat dengan bunga dan decor yang fix. Terletak di Seksyen 16 Shah Alam, RUANG Shah Alam menawarkan suasana moden berkonsepkan BALLROOM. Bila bergambar dalam dewan, ramai pasti ingat wah kahwin di hotel!
Selling point terbesar di sini adalah ada LED Screen di belakang pentas jadi pengantin boleh pilih konsep yang paling sesuai dengan tema mereka. Nak konsep salji boleh, nak autumn boleh, nak padang pasir pun boleh!

Sama ada anda merancang majlis yang sederhana atau lebih meriah, pasukan RUANG akan membantu memastikan perjalanan majlis berjalan lancar daripada awal sehingga hari majlis.
Antara kemudahan yang disediakan:
• Dewan Berkonsepkan Ballroom
• Pelamin, Walkway & Entrance
• LED Screen (pilihan tambahan)
• Sistem Audio & Mikrofon
• Pakej Katering & Makanan Stall (Apam Balik, Keropok Lekor, Ais Krim)
• Pakej Bridal Lelaki & Perempuan
• Pakej Digital Photography
• Kek Pengantin Sebenar Bukan Dummy !
Bagi pasangan yang masih belum menemui dewan yang sesuai, Pakej di RUANG Shah Alam sangat mampu milik dengan hanya RM23,000 untuk 500 pax dah boleh dapat dewan ballroom macam hotel!

Berminat nak contact RUANG Shah Alam? Boleh click di sini!

3. Dewan Raja Muda Musa (DRMM)

Dewan Raja Muda Musa merupakan antara dewan terbesar di Shah Alam dan sering menjadi pilihan bagi pasangan yang merancang majlis berskala besar (Boleh memuatkan 150 meja dalam satu-satu masa)
Dengan ruang yang luas serta kemudahan lengkap, ia sesuai untuk majlis yang melibatkan jumlah tetamu yang ramai dan bila pelanggan kata tetamu lebih 1000 pax terus kami akan syorkan dewan ini.
Kelebihan DRMM:
• Kapasiti tetamu yang besar & clean ballroom look
• Lokasi strategik & bangunan landed
• Parkir yang luas teramat luas
• Sesuai untuk majlis resepsi berskala besar
Berminat nak contact kami? Boleh click di sini!

4. Shah Alam Convention Centre (SACC)

Shah Alam Convention Centre merupakan salah satu venue perkahwinan yang terkenal di Shah Alam. Berkonsepkan ballroom juga dan vibes hotel sesuai untuk mereka yang mahukan eksklusiviti!
Ballroom yang elegan serta kemudahan lengkap menjadikannya pilihan bagi pasangan yang menginginkan majlis yang lebih eksklusif pasti ramai teta
Sesuai untuk:
• Majlis resepsi
• Majlis persandingan
• Majlis perkahwinan berskala besar yang boleh memuatkan 100 meja dalam satu- satu masa! Bermula dari RM88+ per pax.
• Berdekatan bangunan iconic di Shah Alam seperti PKNS dan SACC Mall!

5. MBSA Convention Centre

MBSA Convention Centre menawarkan ballroom yang premium yang boleh di katakan baru sebab siap selepas COVID / MCO / PKP. Dewan ini seperti goreng pisang panas mencari tarikh agak mencabar di sini.
Lokasinya yang mudah diakses serta kemudahan yang lengkap menjadikannya antara pilihan popular untuk majlis perkahwinan di Shah Alam.
Antara kelebihannya:
• Ballroom yang luas dan ‘standalone building’ dengan tapak parkir yang banyak sekeliling dewan/
• Kemudahan lengkap seperti bilik persalinan, & bilik VIP.
• Akses dewan yang mudah dengan lift dan escalator.
Sesuai untuk majlis nampak gah dah terpaling premium. Harga bermula RM85,000 untuk 1000 pax dengan pakej lengkap.
Nak discount lebih di MBSA CC, boleh click di sini!

Jangan lupa kami ada banyak lagi dewan sekitar Shah Alam. Jadi jangan lupa contact kami dan jimatkan masa nak survey ke sini sana! Kami bantu anda dapatkan majlis paling tepat dengan budget anda!

Click here to share