Kalau anda sedang mencari venue kahwin di Ulu Yam yang dikelilingi kehijauan alam semula jadi dengan konsep glass hall, RUANG Selindung Daun Ulu Yam mungkin apa yang anda cari.
Dengan suasana yang tenang, pemandangan hijau yang cantik dan dewan kaca yang moden, venue ini sesuai untuk pasangan yang impikan majlis kahwin outdoor feel dengan keselesaan indoor venue.


Pakej Kahwin All-In RUANG Selindung Daun Ulu Yam
Tak perlu pening fikir vendor satu per satu. Kami sediakan pakej kahwin lengkap di Ulu Yam yang merangkumi keperluan utama majlis anda:
- 300 Pax – RM18,500
- 500 Pax – RM22,500
- 700 Pax – RM26,500
- 1000 Pax – RM32,000


Alhamdulillah, Open Day yang berlangsung baru-baru ini merupakan kali kedua kami adakan di RUANG Selindung Daun, dan sambutannya memang meriah!
Rasai Sendiri Suasana Majlis Kahwin Anda
Setiap kali Open Day, kami akan pastikan dekorasi pelamin, entrance dan walkway dipasang sepenuhnya supaya bakal pengantin boleh bayangkan suasana majlis sebenar.
Boleh tengok dekorasi secara dekat, ambil gambar, jalan di walkway, dan yang paling penting — rasa sendiri vibe majlis yang bakal berlangsung nanti. Senang nak buat keputusan bila semuanya dah ada depan mata.




Food Tasting Yang Buat Ramai Terliur
Selain melihat venue, tetamu juga boleh menikmati sesi food tasting yang disediakan oleh team katering kami.
Menu yang sering menjadi pilihan termasuk:
- Nasi Minyak
- Ayam Bawang Rose
- Daging Masak Hitam
- Dalca
- Acar Sayur
- Papadom
Ada juga pasangan yang memilih menu lain seperti Daging Kurma atau Paru Balado mengikut citarasa masing-masing.
Tak lengkap tanpa kuih-muih dan hiasan meja yang cantik. Apa yang anda lihat semasa Open Day adalah gambaran sebenar setup yang boleh digunakan untuk majlis anda nanti.



Bilik Persiapan Pengantin Yang Luas & Selesa
Ramai yang terkejut bila tahu tingkat atas RUANG Selindung Daun mempunyai bilik khas untuk persiapan pengantin.
Ruangnya luas, selesa dan berhawa dingin. Jadi pengantin boleh bersiap terus di venue tanpa perlu risau tentang perjalanan yang boleh mengganggu mekap atau pakaian. Bila tiba masa perarakan, hanya turun ke bawah dan terus bersedia untuk majlis.
Memang mudah.




Jelajah Keseluruhan Venue Bersama Team RUANG
Open Day juga memberi peluang kepada bakal pengantin untuk melihat keseluruhan venue dengan lebih terperinci.
Team RUANG akan membawa anda ke:
- Dewan utama
- Bilik persiapan pengantin
- Kawasan booth dan stalls
- Tempat letak kereta
- Surau
- Tandas
Dengan lawatan ini, anda boleh merancang perjalanan tetamu dan memahami susun atur venue dengan lebih jelas.



Jom Book Site Visit di RUANG Selindung Daun Ulu Yam
Sedang mencari dewan kahwin di Ulu Yam, glass hall untuk majlis perkahwinan, atau pakej kahwin all-in yang lengkap? RUANG Selindung Daun Ulu Yam sememangnya antara pilihan yang patut anda pertimbangkan.
Kami juga menawarkan promosi dan diskaun istimewa untuk tarikh terpilih.
Klik link di bawah untuk semak tarikh yang masih tersedia atau book slot site visit anda hari ini.
[ TEAM RUANG ]


