Sedang mencari glass hall untuk majlis perkahwinan di Ulu Yam? Jika ya, RUANG Selindung Daun Ulu Yam mungkin venue yang anda sedang cari.
Apa yang lebih menarik, RUANG Selindung Daun bukan sekadar menawarkan konsep glass hall. Venue ini menggabungkan elemen indoor dan outdoor dan berkapasiti muat sehingga 1,000 pax!


Harga Pakej Kahwin Lengkap di RUANG Selindung Daun Ulu Yam
| Bilangan Tetamu | Harga Pakej |
| 300 Pax | RM18,500 |
| 500 Pax | RM22,500 |
| 700 Pax | RM26,500 |
| 1,000 Pax | RM32,000 |
Apa Yang Termasuk Dalam Pakej Kahwin Lengkap RUANG?
1. Venue Lengkap Dengan Kemudahan Majlis
RUANG Selindung Daun dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas yang diperlukan untuk memastikan majlis berjalan lancar.
Antaranya:
- Penghawa dingin
- Kerusi dan meja lengkap dengan alas
- Meja hadiah
- Meja buffet line
- Meja doorgift




2. Dekorasi Pelamin, Walkway & Entrance
Setiap pasangan mempunyai citarasa yang berbeza.
Di RUANG, kami menyediakan beberapa pilihan dekorasi untuk dipilih sendiri oleh pengantin. Tiada lagi konsep pelamin yang sama untuk semua majlis.


3. Set Pakaian Pengantin
Tak perlu lagi pening mencari butik pengantin.
Pakej kami turut merangkumi:
- Songket
- Gown atau dress
- Tuxedo
Tersedia dalam pelbagai saiz, warna dan gaya mengikut kesesuaian majlis anda.

4. Katering In-House RUANG
Di RUANG Selindung Daun, kami menyediakan perkhidmatan katering in-house yang bukan sahaja sedap, malah dipersembahkan dengan cantik dan teratur. Cantik kan setup kami?


5. Holding Room Yang Selesa
Kami memahami bahawa ahli keluarga terdekat dan tetamu VIP memerlukan ruang yang lebih privasi.
Sebab itu kami menyediakan holding room yang selesa untuk ibu bapa pengantin, ahli keluarga terdekat dan tetamu terhormat.

6. Tiga Stall Makanan Tambahan
Selain hidangan utama, pakej turut disertakan dengan tiga stall makanan yang sentiasa menjadi kegemaran tetamu.
Antara pilihan yang sering mendapat sambutan:
- Keropok Lekor
- Aiskrim
- Apam Balik
7. Projektor & Skrin
Nak tayangkan video perjalanan cinta anda?
Atau mungkin gambar-gambar semasa bertunang dan akad nikah?
RUANG menyediakan projektor dan skrin untuk memudahkan anda berkongsi momen istimewa bersama tetamu yang hadir.
8. Tandas & Surau Yang Dekat Dengan Dewan
Tandas dan surau RUANG terletak berhampiran dengan dewan, bersih, selesa dan direka dengan suasana moden yang menyenangkan.


9. FREE Setup Nikah
Inilah antara kelebihan yang paling disukai oleh pasangan pengantin.
Tak perlu lagi mencari lokasi lain untuk akad nikah.
Anda boleh menjalankan semuanya di satu lokasi:
- 9.00 pagi – Akad Nikah
- 10.00 pagi – Selesai Nikah
- 12.00 tengah hari – Bersanding
- 4.00 petang – Majlis Tamat
Lebih mudah, lebih menjimatkan masa dan lebih praktikal untuk keluarga serta tetamu.





Kenapa Pilih RUANG Selindung Daun Ulu Yam?
- Konsep Glass Hall yang moden
- Suasana alam semula jadi yang tenang
- Ruang indoor dan outdoor
- Kapasiti sehingga 1,000 pax
- Pakej kahwin lengkap
- Katering in-house
- Free setup nikah
- Lokasi yang sesuai untuk sesi fotografi perkahwinan



Jom Rasai Sendiri Suasana RUANG Selindung Daun
Gambar dan video memang boleh memberi gambaran, tetapi suasana sebenar hanya boleh dirasai apabila anda datang sendiri ke venue.
Hubungi kami sekarang untuk semak tarikh kosong, promosi semasa dan tempah slot site visit di RUANG Selindung Daun Ulu Yam. -TEAM RUANG-


