Dewan Kahwin di Shah Alam dengan Pemandangan Tasik: Kenali LakePoint Alam Impian

Sedang mencari dewan kahwin di Shah Alam dengan pemandangan tasik? Kenali LakePoint Alam Impian, venue perkahwinan eksklusif yang menawarkan ruang luas, pemandangan tasik yang cantik dan suasana yang sesuai untuk meraikan hari bahagia anda.

Majlis Kahwin Meriah Bersama RUANG

RUANG berpeluang mengendalikan majlis perkahwinan Haziq & Fatin dengan 800 tetamu, serta Ismail & Fatihah dengan 1,000 tetamu!

Kedua-dua majlis menampilkan setup lengkap termasuk meja beralas, kerusi dengan ribbon, walkway carpet, flower arch, dekorasi pintu masuk dan pelamin yang menyerlahkan suasana majlis.

Untuk majlis Haziq & Fatin, terdapat juga tujuh gerai makanan yang memeriahkan suasana, termasuk apam balik, kambing golek, laksa, rojak pasembor, cendol, air balang dan dessert table.

Ruang Luas dengan Pemandangan Tasik

Salah satu tarikan LakePoint Alam Impian ialah pemandangan tasik dan air pancut yang memberikan suasana lebih istimewa kepada majlis perkahwinan anda.

Ruang foyer turut menyediakan tambahan tempat duduk untuk tetamu menikmati pemandangan, selain sofa, cocktail tables dan meja doorgift berhampiran pintu masuk.

Setup Akad Nikah dan Sanding

Nak adakan akad nikah dan sanding pada hari yang sama? LakePoint Alam Impian juga boleh menjadi pilihan untuk merancang kedua-dua acara dalam satu hari!

Tempah Wedding Package Dewan Kahwin LakePoint Alam Impian Bersama RUANG

Jika anda sedang mencari venue perkahwinan di Shah Alam untuk 500 hingga 1,000 tetamu, LakePoint Alam Impian menawarkan gabungan ruang yang luas dan pemandangan tasik yang menarik.

Jadikan hari bahagia anda lebih istimewa bersama pakej perkahwinan RUANG yang merangkumi venue, dekorasi, katering dan keperluan majlis mengikut pakej yang dipilih.

Jom hubungi [RUANG TEAM] sekarang untuk semak tarikh kosong, pakej perkahwinan dan promosi terkini di LakePoint Alam Impian!

Click here to share